PENDAHULUAN
Ta'zir dari segi bahasa bererti menolak atau menghalang. Dari segi istilah pula ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam al-Quran dan hadis atau hukuman yang dikenakan keatas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan keseksaannya tetapi tidak cukup syarat bagi keseksaan itu.
Hukuman ta'zir dijalankan mengikut budi bicara pemerintah sama ada dalam bentuk sebatan, tahanan (penjara) dan lain-lain yang boleh mencegah dan menakutkan seseorang daripada melakukan kesalahan. Pemerintah tidak dibenarkan memutuskan hukuman ta'zir berdasarkan hawa nafsu, tetapi perlu melihat kepada semua hal dan keadaan yang berkaitan dengan diri pesalah, kadar bahaya terhadap kepentingan awam dan sebagainya.
Tujuan utama pelaksanaan hukuman ta'zir dalam syariat Islam ialah pencegahan dan pengajaran disamping pemulihan dan pendidikan. Namun begitu terdapat juga pelbagai tujuan lain, tetapi tujuan yang bertentangan dengan tujuan sebenar ta'zir diharamkan oleh syariat Islam. sebagai contoh, Islam melarang ta'zir yang bertujuan menyeksa dan membawa kerosakan kepada jiwa dan tubuh penjenayah. Para fuqaha' mentakrifkan ta'zir sebagai hukuman yang tidak ditentukan kadarnya oleh syarak yang merupakan hak Allah atau hak manusia, atas setiap maksiat yang tidak dihukum dengan hukuman hudud atau kaffarah.
DEFINISI TA'ZIR
Definisi ta'zir dari segi bahasa ialah penolakan, pencegahan atau pertolongan. Firman Allah S.W.T :
وتعزروه وتوقروه
Maksudnya : "Dan menguatkan (agama-Nya) dan membesarkan-Nya"
(surah al-Fath : ayat 48)
Manakala daripada segi istilah pula ialah hukuman terhadap perbuatan maksiat atau jenayah yang tidak ditentukan kadarnya oleh syarak sama ada ia merupakan hak Allah atau hak manusia.
Dengan erti kata lain, ta'zir adalah hukuman yang bersifat memberi pengajaran dan peringatan yang ditentukan oleh hakim ke atas pelaku kejahatan atau pelaku maksiat yang hukumannya belum ditentukan oleh syariat atau kepastian hukuman tidak dijumpai memandangkan syarat pelaksanaan hukuman masih tidak dipenuhi dalam perbuatan jenayah tersebut, seperti melakukan hubungan seks bukan pada faraj perempuan, mencuri kurang daripada satu nisab, melakukan jenayah yang tidak ada hukuman qisas, lesbian,dan menuduh orang lain melakukan perbuatan maksiat selain berbuat zina.
DALIL PENSYARIATAN TA’ZIR
Dalil-dalil
yang menunjukkan ta’zir itu disyariatkan ada dijelaskan didalam al-Quran dan
as-Sunnah. Sebagaimana Firman Allah S.W.T mengenai ta’zir :
إنما
جز ؤا الذين يحاربون الله ورسوله, ويسعون فى الأرض فسادا أن يقتلوا أو يصلبوا أو
تقطع أيديهم و أرجلهم من خلف أو ينفوا من الأرض ذلك لهم خزى فى الدنيا ولهم فى الأخرة
عذاب عظيم
Maksudnya
: “Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan
rasul-Nya dan membuat kerosakan di muka buki, hanyalah mereka dibunuh dan
disalib, atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik (tangan kanan
kaku kiri atau kaki kanan tangan kiri), yang demikian itu (sebagai) satu
penghinaan untuk mereka di dunia, dan akhirat mereka beroleh seksaan yang besar”.
(surah al-maidah : ayat 33)
(surah al-maidah : ayat 33)
Sebagaimana berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud,
at-Tirmizi dan al-Baihaqi dari Bahz bin Hakim dari ayahnya, dari datuknya,
bahawa :
أنَّ النَّبِيَّ صلى الله وسلم حَبَسَ فِي التُّهمةِ
Maksudnya : “Bahawa Nabi s.a.w pernah menjatuhkan hukuman penjara terhadap
pelaku tuduhan palsu”
Namun hukuman
penjara seperti yang dilakukan oleh Nabi s.a.w di sini bersifat sementara
sehingga permasalahan menjadi jelas. Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud meriwayatkan
dari Hani’ bin Nayyar, bahawa beliau pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :
لا تجلدوا فوق عشرة أسواط, إلا في حد من حدود الله تعالى
Maksudnya : “Janganlah kamu
menyebat lebih dari sepuluh kali sebatan melainkan dalam melaksanakan hukuman
hudud yang telah ditentukan Allah Taala”
TA'ZIR SEBAGAI HAK ALLAH DAN MANUSIA.
Para fuqaha telah membahagikan ta'zir kepada dua bahagian :
1. Ta'zir sebagai hak Allah (hak masyarakat)
Yang dimaksudkan dengan hak Allah di sini ialah sesuatu yang menyentuh kepentingan umum dan yang dapat mencegah keburukan daripada masyarakat. Seorang yang melakukan kesalahan yang tidak menyentuh kepentingan masyarakat secara khusus dan tidak ada hukuman tertentu yang ditetapkan oleh syara', ia dijatuhkan dengan hukuman ta'zir. Di sini ta'zir dilihat sebagai hak Allah yang boleh menghalang manusia dari melakukan kejahatan dan keburukan kepada maslahat dan kepentingan individu tertentu.
2. Ta'zir sebagai hak manusia (hak individu).
Manakala yang dimaksudkan dengan hak manusia ialah sesuatu yang menyentuh maslahat dan kepentingan individu tertentu.
BAHAGIAN-BAHAGIAN TA'ZIR
Ta'zir terbahagi kepada tiga bahagian :
1. Ta'zir atas perbuatan maksiat.
Maksiat ertinya melakukan perkara-perkara yang diharamkan oleh syariat Islam atau meninggalkan perkara-perkara yang diwajibkan olehnya.
Jenis-jenis maksiat.
Para fuqaha telah membahagikan maksiat kepada tiga jenis :
a. Maksiat yang mewajibkan hukum hudud. Contohnya seperti membunuh, mencuri, berzina, dan berbagai-bagai kesalahan hudud serta qisas dan diyat. Maksiat seperti ini tidak memerlukan hukuman ta'zir, kerana baginya ada hukuman yang tersendiri iaitu hudud. Walaupun begitu tiada halanan sekiranya keadaan memerlukan untuk mengenakan hukuman ta'zir atas maksiat jenis ini.
b. Maksiat yang hukumannya berbentuk kaffarah. Seperti suami isteri melakukan persetubuhan pada siang hari bulan Ramadhan atau melakukan persetubuhan sewaktu berihram. Maksiat-maksiat jenis ini amat terhad sekali. Ia terbatas kepada kesalahan-kesalahan seperti merosakkan puasa, merosakkan ihram, membatalkan sumpah yang dilafazkan, persetubuhan dalam masa haid atau melakukan zihar.
c. Maksiat yang tiada hukum hudud atau tiada kaffarah. Contohnya seperti berkhalwat antara perempuan dengan lelaki ajnabi, memakan bangkai, cuba untuk mencuri dan apa sahaja maksiat yang tidak termasuk dalam jenis maksiat yang pertama dan yang kedua.
2. Ta'zir untuk kepentingan umum.
Satu kaedah dalam syariat Islam ada menyebut bahawa hukuman ta'zir tidak boleh dikenakan kecuali atas perbuatan yang dianggap maksiat. Akan tetapi, sebagai pengecualian dari kaedah umum ini syariat Islam telah mengharuskan hukuman ta'zir atas perbuatan bukan maksiat sekiranya kepentingan umum memerlukan demikian.
Hukuman ta'zir untuk kepentingan umum boleh dikenakan ke atas mana-mana pesalah denga dua syarat :
a. Melakukan perbuatan yang menyentuh kepentingan atau kemaslahatan umum.
b. Hukuman dikenakan untuk kepentingan umum. Contohnya seperti menghukum kanak-kanak yang tidak menunaikan sembahyang. Walaupun meninggalkan sembahyang bagi kanak-kanak yang belum mumayyiz bukanlah satu kesalahan syara', tetapi ia boleh dikenakan hukuman ta'zir bagi menjaga kepentingan umum Islam.
3. Ta'zir atas kesalahan-kesalahan kecil.
Seperti yang telha dipersetujui oleh para fuqaha, pada asasnya hukuman ta'zir akan dikenakan kerana melakukan perkara-perkara yang haram dan meninggalkan perkara-perkara yang wajib. Walaupun begitu, terdapat perselisihan pendapat di antara para fuqaha di dalam mengenakan hukuman ta'zir kerana melakukan perkara-perkara yang makruh dan meninggalkan perkara-perkara yang sunat atau yang disebut sebagai kesalahan-kesalahan kecil. Ada di kalangan mereka yang berpendapat, tidak harus dikenakan hukuman ta'zir kerana melakukan perkara-perkara makruh dan meninggalkan perkara-perkara sunat, dan ada pula yang berpendapat sebaliknya.
JENIS-JENIS HUKUMAN TA'ZIR.
Antara jenis-jenis hukuman ta'zir ialah hukuman mengenai tubuh badan seperti sebatan, hukuman berkaitan sekatan kebebasan seperti penjara, buang daerah dan lain-lain lagi, hukuman berkaitan harta seperti denda serta pelbagai hukuman lain berdasarkan budi bicara pemerintah. Jenis-jenis hukuman ta'zir adalah seperti berikut :
1. SEBAT
Kadar ta'zir yang dikenakan ke atas penjenayah menurut ijtihad pemerintah sama ada kesalahan berat atau ringan. Dan sekurang-kurangnya hukuman sebat sebagai ta'zir ialah sebanyak tiga kali sebat, dan boleh dikurangkan dari tiga kali, ini menurut individu yang melakukan kesalahan-kesalahan jenayah yang dilakukan, kerana hukuman ta'zir itu tidak ada had tertentu tetapi had maksimanya setinggi-tinggi had ta'zir. Ulama berselisih pendapat mengenainya. Jumhur ulama Abu Hanifah, Muhammad Asy-Syafie dan Hanbali berkata, kadar hukuman sebat sebagai ta'zir tidak boleh melebihi sekurang-kurang had yang disyariatkan. Oleh itu, hendaklah dikurangkan satu kali sebat. Jadi hukuman sebat sebagai ta'zir pada pendapat mereka ialah 39 kali sebatan, kerana sekurang-kurang had kesalahan meminum arak atau had qazaf bagi hamba itu ialah 40 kali sebatan.
Manakala Abu
Yusuf pula berpendapat : sebanyak-banyak hukuman sebat sebagai ta’zir ialah 75
kali sebatan kerana ia berdasarkan kepada sabda Nabi s.a.w :
منْ بلغ حدًّا فى غيرِ حدٍّ فهُوَ منَ المُعْتدِينَ
Maksudnya : “Barangsiapa
melebihkan had pada kesalahan jenayah yang tidak ada had maka ia adalah dari
golongan orang-orang yang zalim (melampaui batas).”
(Riwayat al-Baihaqi, Ibnu Najah, Muhammad bin al-Hassan dan
al-Tubrani.)
Kerana hukuman itu mengikut kesalahan
jenayah atau maksiat yang dilakukan oleh penjenayah itu. Ini di ambil kira
dengan had qazaf bagi orang merdeka ialah 80 kali sebat dan dikurangkan 5 jadi
lah 75.
Sementara al-Malikiyah berpendapat :
bahawa penentuan maksima hukuman sebat bagi ta’zir terserah kepada ijtihad
pemerintah, sehingga mencapai tahap melebihi had yang ditetapkan pada kesalahan
jenayah yang ditentukan oleh Allah, oleh itu harus bagi pemerintah mengenakan
hukuman sebat sebagai ta’zir sama, kurang atau lebih dari hukuman-hukuman hudud
yang ditetapkan oleh Allah S.W.T. Ini berdasarkan kepada apa yang berlaku
terhadap Muin bin Zaidah yang mengadakan cop mohor yang sama dengan cop mohor
Baitulmal, kemudian penjaga baitulmal itu datang mengambil harta benda itu,
tiba-tiba berita itu sampai ke pengetahuan khalifah Umar Al-Khattab lalu dia
mengenakan takzir dengan 100 kali sebat serta dimasukkan ke dalam tahanan.
2. PENJARA
Terdapat dua jenis hukuman penjara
dalam undang-undang Islam, sama ada tempoh yang tetap atau tidak tetap. Adapun
hukuman penjara bagi tempoh yang tetap boleh dikenakan bagi kesalahan-kesalahan
kecil. Bagi hukuman penjara tidak terhad pula,ianya dikenakan ke atas
penjenayah yang sering melakukan kesalahan yang mana mengikut pandangan pihak
hakim, tidak boleh dipulihkan akhlak mereka dengan mengenakan hkuman biasa.
Semua mazhab undang-undang Islam mengesahkan hukuman ini boleh dilanjutkan sama
ada sehingga penjenayah itu bertaubat atau sehingga dia mati bagi penjenayah
yang merbahaya.
Al-Qarafi al-Maliki berkata : boleh
dikenakan hukuman tahanan (di dalam penjara) pada lapan jenayah yang dilakukan
oleh penjenayah, kesalahannya seperti
berikut :
a. Penjenayah
boleh dipenjarakan sekiranya penjenayah tiada harta benda untuk membayar denda
jenayah yang dilakukan.
b. Penjarakan
hamba yang lari selama setahun, untuk memelihara harta benda agar tuannya
datang menuntut.
c. Penjarakan
orang yang tidak mahu mempertahankan orang yang berlindung di bawahnya.
d. Dipenjarakan
orang yang bermasalah.
e. Dipenjarakan
orang yang melakukan jenayah sebagai ta’zir dan mencegah dari melakukan maksiat
terhadap Allah S.W.T.
f. Penjarakan
orang yang tidak mahu melaksanakan tanggungjawab. Contohnya seperti, seorang
yang memeluk Islam dengan memperisterikan dua saudaranya ataupun dia mempunyai
10 orang isteri, di mana ia tidak mahu memilih salah satu daripadanya.
g. Penjarakan
orang yang membuat pengakuan bahawa barang itu tidak ada padanya, walhal barang
itu ada padanya. Maka ia dipenjarakan sehingga ia mengaku.
h. Penjarakan
orang yang tidak mahu menunaikan tanggungjawab terhadap Allah S.W.T. Contohnya
seperti tidak berpuasa di bulan Ramadhan.
3. DENDA DAN MERAMPAS HARTA BENDA
Nabi Muhammad pernah juga mengenakan hukuman dalam bentuk kewangan sebagai hukuman ta’zir. Namun begitu, di kalangan fuqaha’ terbahagi kepada tiga kumpulan berhubung dengan pendapat tentang kesahihan hukuman ini di sisi undang-undang. Kumpulan pertama mengatakan menghukum dengan cara mendenda atau merampas harta benda tidak sah di sisi undang-undang, kumpulan kedua pula menganggapnya sah, manakala kumpulan ketiga menganggapnya sah jika pesalah tidak bertaubat.
4. ANCAMAN
Ancaman merupakan satu bentuk hukuman ta’zir yang dapat mendorong pesalah mengubah tingkah lakunya kerana takut dihukum. Pesalah boleh diancam dengan hukuman sekiranya dia mengulangi kesalahan itu lagi ataupun dia boleh dijatuhkan hukuman tetapi perlaksanaan hukuman itu ditangguhkan sehinggalah dia melakukan satu lagi kesalahan (dalam tempoh tertentu).
Hukuman buang daerah atau buang negeri ini terpaksa diadakan apabila seseorang itu melampaui tata susila, juga
tindakan orang-orang yang melakukan jenayah itu sehingga menjadi tarikan orang
lain kepadanya atau boleh memberi kemudharatan ataupun bahaya kepada masyarakat.
5. BUANG DAERAH ATAU BUANG NEGERI.
Para ulama berselisih
pendapat mengenai masa tahanan. Syafi’e dan Hanbali berkata : tempoh lama
hukuman membuang daerah ini adalah setahun genap, tidak boleh dikurangkan.
Hukuman membuang daerah ini disyariatkan pada mulanya terhadap penzina bukan “muhsan”
sebagai satu had pada pandangan mereka, masanya tidak kurang dari setahun,
sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Samat r.a :
قال رسول الله (ص) : خذوا عني، خذوا عني، فقد جعل الله لهن سبيلا،
البكر بالبكر جلد مائة ونفي سنة، و الثيب بالثيب جلد مائة و الرجم
Maksudnya : “Baginda s.a.w bersabda :
hendaklah kamu ambil dari ku, hendaklah kamu ambil dari ku, maka sesungguhnya
Allah telah mengadakan jalan keluar untuk mereka (perempuan-perempuan yang
berzina), jika dara dengan teruna (melakukan zina) hendaklah disebat 100 kali
serta dibuang daerah selama setahun, dan jika janda dengan duda hendaklah
disebat 100 kali dan direjam dengan batu”.
(Hadis riwayat Muslim.)
Manakala pendapat Abu Hanifah pula : hukuman buang daerah ini boleh dilakukan lebih dari setahun sebagai ta’zir, tempoh lama masanya itu terserah kepada pemerintah untuk menentukan
(Hadis riwayat Muslim.)
Manakala pendapat Abu Hanifah pula : hukuman buang daerah ini boleh dilakukan lebih dari setahun sebagai ta’zir, tempoh lama masanya itu terserah kepada pemerintah untuk menentukan
Pendapat Imam Malik pula : hukuman
buang daerah itu boleh dilebihkan tempoh masanya dari setahun, serta dia
menerima bahawa hukuman buang daerah itu adalah had, dan dia berpendapat hadis "منْ بلغ حدًّا فى غيرِ حدٍّ فهُوَ منَ
المُعْتدِينَ” adalah sahih.
SYARAT SYARAT PELAKSANAAN TA’ZIR
a. Hukuman
ta’zir hendaklah bertujuan menjaga kemaslahatan yang ditetapkan oleh Islam.
b. Hukuman
dapat menolak keburukan atau mengurangkannya tanpa mendatangkan
kemudaratan
kepada masyarakat dan tidak menghina kemuliaan manusia.
c. Hukumannya
sesuai dengan jenayah yang dilakukan.
d. Persamaan
dan adil antara manusia.
d. Dijalankan
oleh pemerintah
CONTOH-CONTOH KESALAHAN YANG DIKENAKAN TA’ZIR.
1. Lelaki berlagak seperti perempuan
Lelaki yang
menyerupai perempuan atau perempuan yang menyerupai lelaki , jika mereka tidak
melakukan perbuatan yang terkutuk dengan penyerupaan tersebut tetapi hanya
sekadar menyerupai seorang perempuan atau menyerupai seorang lelaki sahaja ,
maka perbuatan mereka adalah dikira sebagai maksiat dan tidak ada hukuman hudud
dan kaffarah keatasnya, tetapi dikenakan hukuman ta’zir mengikut tahap
kesalahan dan juga berat mana dosa yang telah dilakukannya.
Lelaki berlagak seperti perempuan
adalah dikira sebagai dosa besar. Ini berdasarkan hadis Nabi Muhammad s.aw. ,
seperti yang diriwayatkan daripada Abdullah Ibnu Abbas r.a :
عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : لعن النبي صلى الله عليه وسلم
المخنثين من الرجال ، المترجلات من النساء
Maksudnya : “Daripada Abdullah
Ibnu Abbas r.a bahawa katanya : Telah melaknat Rasulullah s.a.w ke atas lelaki
yang berlagak seperti perempuan dan perempuan yang berlagak seperti lelaki”
(hadis Abdullah Ibnu Abbas r.a)
Sabda Rasulullah S.A.W yang
diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a :
عن أبي هريرة رضي الله عته قال : لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم
الرجل يلبس لبسة المرأة ،
والمرأة تلبس لبسة الرجل
Maksudnya : “Daripada Abi
Hurairah r.a berkata :Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai
pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki.”
Telah dibawa seorang lelaki yang berlagak seperti perempuan yang telah memakai inai di kedua-dua belah tangan dan dua kakinya di hadapan Rasulullah s.a.w, apabila baginda melihat lelaki tersebut lalu baginda bertanya : “Apa hal kamu berbuat begini? Mereka menjawab : dia menyerupai dengan kaum perempuan. Maka Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya lelaki yang berlagak seperti perempuan itu dibuang daerah yang bernama Al-Naqi’ (tempat yang jauh sedikit daripada Bandar al-Madinah al-Munawwarah)
Menurut Imam Syafi’e, lelaki yang menyerupai seorang perempuan boleh dibuang negeri, hukuman ia bukan kerana maksiat yang dilakukan tetapi adalah kemaslahatan kepada masyarakat agar budaya tersebut tidak berleluasa.
Telah dibawa seorang lelaki yang berlagak seperti perempuan yang telah memakai inai di kedua-dua belah tangan dan dua kakinya di hadapan Rasulullah s.a.w, apabila baginda melihat lelaki tersebut lalu baginda bertanya : “Apa hal kamu berbuat begini? Mereka menjawab : dia menyerupai dengan kaum perempuan. Maka Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya lelaki yang berlagak seperti perempuan itu dibuang daerah yang bernama Al-Naqi’ (tempat yang jauh sedikit daripada Bandar al-Madinah al-Munawwarah)
Menurut Imam Syafi’e, lelaki yang menyerupai seorang perempuan boleh dibuang negeri, hukuman ia bukan kerana maksiat yang dilakukan tetapi adalah kemaslahatan kepada masyarakat agar budaya tersebut tidak berleluasa.
2. Makan di siang hari pada bulan
Ramadhan.
Orang yang
makan pada bulan Ramadhan dalam keadaan sengaja, malas berpuasa serta
mencemarkan kehormatan bulan Ramadhan yang mulia , maka hukumannya ia tidak
dibunuh mengikut ijmak ulama sebaliknya ia dipenjarakan dengan tidak diberi
makan dan minum pada waktu siang hari sepanjang sebulan di bulan Ramadhan, ini
adalah kerana supaya ia mendapat pengajaran, dengan cara tersebut ia akan
bertaubat dan benar-benar insaf serta dapat memahami hakikat sebenar kefardhuan
ibadat puasa itu.
3. Berjudi
Dalil
Pengharaman Judi: Al-Quran al-Karim :
يَـٰٓأَيُّہَا
ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِنَّمَا ٱلۡخَمۡرُ وَٱلۡمَيۡسِرُ وَٱلۡأَنصَابُ
وَٱلۡأَزۡلَـٰمُ رِجۡسٌ۬ مِّنۡ عَمَلِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ فَٱجۡتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمۡ
تُفۡلِحُونَ
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”
(surah al-Maidah :ayat 90)
Menurut
pandangan as-Syeikh Muhammad Ali as-Saayis, maksud “ al-Maisir
” ialah merangkumi semua jenis permainan judi.
PERBEZAAN HUKUMAN TAKZIR DAN HUDUD
1. Tentang kadar.
Hudud ialah
satu hukuman yang ditentukan dan ditetapkan oleh syarak tentang jenis dan
kadarnya dengan nas yang sorih. Pemerintah atau hakim tidak boleh mengeluarkan
pendapat untuk menentukan jenis dan kadarnya, hukuman hudud ini dinamakan juga
hukuman nasihat.
Ta’zir pula,
ialah hukuman yang tidak ditentukan oleh syarak tentang jenis dan kadarnya,
bahkan diserahkan perkara itu kepada pemerintah atau hakim untuk menetukan,
oleh itu mereka boleh menjatuhkan hukuman keatas pesalah mengikut pendapatnya
yang sesuai dengan kesalahan yang dilakukan oleh penjenayah itu dan memadai
untuk mencegah serta beroleh kebaikan kepada pesalah itu sendiri.
2. Kewajipan pelaksanaan.
Hudud dan qisas
apabila tidak diberi kemaafan oleh keluarganya wajib dilaksanakan oleh
pemerintah, oleh itu maka pemerintah tidak berhak untuk memberi keampunan,
pelepasan dan juga tidak berhak untuk mengugurkan hudud dengan apa cara
sekalipun.
Ta’zir
pula, jumhur ulama berpendapat jika sekiranya ta’zir itu hak Allah mestilah
pemerintah melaksanakannya, tetapi harus baginya memberi kemaafan, dan jika
sekiranya ta’zir itu hak individu, individu itu berhak untuk memberi kemaafan
ataupun tidak, manakala pemerintah tidak berhak untuk memberi kemaafan terhadap
penjenayah itu.
3. Memelihara suasana yang ringan.
Hukuman hudud
dipandang dari jenis kesalahan dan tidak di ambil kira tentang peribadi pelaku
jenayah, manakala ta’zir pula dipandang kepada perkara yang dilakukan dan
peribadi orang yang melakukan kesalahan itu.
4. Hak Allah dan hak hamba.
Ta’zir
adakalanya di tetapkan kerana memelihara hak Allah, contohnya seperti
mempersendakan kesucian al-Quran dan agama Islam, adakalanya pula memelihara
hak manusia seperti memaki hamun, memukul seseorang dan seumpamanya. Sedangkan
hudud pula semuanya adalah hak Allah menurut semua mazhab.
BIDANG KUASA TA’ZIR
Hukuman ta’zir sama dengan hukuman
hudud iaitu hukuman ini hendaklah dilakukan oleh pemerintah tidak ada seorang
pun yang berhak melakukannya selain daripada pemerintah kecuali bapa, penghulu
dan suami. Berikut ialah kuasa-kuasa yang boleh menjalankan ta’zir.
a. Bapa.
Bapa berhak menta’zirkan
anak-anaknya yang masih kecil bagi memberi pengajaran berakhlak dengan akhlak yang
mulia dan mencegah dari melakukan kejahatan, juga dengan menyuruh anak-anak
menunaikan sembahyang serta memukul mereka apabila meninggalkannya.
b. Penghulu.
Penghulu boleh menta’zirkan hambanya
tentang hak dirinya dan hak Allah SWT.
c. Suami.
Suami boleh menta’zir isterinya
untuk memberi pengajaran tentang nusyuz dan meninggalkan kewajipan terhadap
Allah SWT. Contohnya seperti meninggalkan sembahyang 5 waktu.
KESIMPULAN
Sebagaimana
yang telah disebutkan, hukuman-hukuman ta’zir sebenarnya tidak terbatas pada
hukuman-hukuman yang telah disebutkan bahkan terdapat berbagai-bagai jenis
hukuman ta’zir yang lain. Terpulang kepada pemerintah atau badan perundangan
Negara intuk melakukan dan memilih apa sahaja hukuman yang sesuai bagi
membanteras jenayah dan dapat membetulkan serta memberi pengajaran kepada
pesalah dengan syarat hukuman tersebut diasaskan untuk kepentingan umum dalam
konsep hukuman ini.
Perbezaan
antara hudud dan takzir ialah hukuman bagi kesalahan hudud telah ditentukan
oleh syarak dan tidak boleh diubah oleh sesiapa pun. Manakala hukuman bagi
kesalahan takzir diserahkan kepada pemerintah untuk memutuskannya. Bagi
pemerintah, tidak boleh memutuskan hukuman takzir berdasarkan hawa nafsu,
tetapi perlu melihat kepada semua hal keadaan yang berkaitan dengan kesalahan
tersebut, diri pesalah, kadar bahaya kesalahan itu terhadap kepentingan awam
dan sebagainya. Yang penting hukuman itu dapat mencegah orang lain daripada
meneruskan kesalahan itu.
Syariat Islam
menentukan bahawa hukuman takzir itu semestinya untuk tujuan pencegahan atau
ugutan, tetap mengambil berat tentang diri pesalah itu sendiri, dan tidak
membiarkannya begitu sahaja, agar timbul dalam dirinya kesedaran agama sehingga
dengan rela hati dia akan menjauhkan apa juga kesalahan. Bagi Islam kesedaran
dari dalam diri ini dan juga kesedaaran beragama merupakan sebaik-baik cara
untuk mencegah seseorang dari melakukan kesalahan. Oleh itu, menurut para
fuqaha’, takzir disyariatkan untuk tujuan pembersihan dan pemulihan, iaitu
dengan membetulkan diri pesalah dan membersihkan dirinya dari segala kekotoran
jenayah sehingga dengan itu dia akan menjadi seorang yang bersih dan terselamat
daripada dorongan jenayah dan termasuk dalam golongan orang-orang yang berguna
kepada masyarakat
GAMBAR 2 . HUKUMAN SEBAT.
1 comment:
alhamdulillah.. :)
Post a Comment